Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 1 Disember 2018



Program Hari Terbuka PI Semop: Jom Berambeh di Saai

4 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Jom Berambeh di Saai yang bertempat di Balairaya Kampung Saai. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Saai dan sekitarnya.....baca seterusnya










penutupan sementara pi semop

31 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

PERHATIAN !

PI Semop telah di tutup sementara berikutan proses menaik taraf jalan kampung yang melibatkan laluan ke PI bermula pada hari ini sehingga diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian untuk makluman.


Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop Tahun 2018

17 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 September 2018 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Semop untuk tahun 2018” dan bertempat di Padang Sekolah Lama SK Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Darul Al-Amin dan Komuniti Kampung Semop dan julung kalinya......baca seterusnya





Kelas Internet “Hour of Code” Pelajar SK Mohd Redeh Saai & KDB

28 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Internet “Hour of Code” Pelajar SK Mohd Redeh Saai & Klik Dengan Bijak (KDB). Kelas ini bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.30 – 5.00 petang. Kelas ini telah di sertai oleh 2 orang guru dan 4 orang pelajar yang berumur antara 11 dan 12 tahun............baca seterusnya






Program Sambutan Hari Ibu 2018 di Kampung Semop

14 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mei 2018, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Ibu Tahun 2018 yang bertemakan “Ibu Ratu Hatiku” dan bertempat di Gelanggang Badminton Zon 6 Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran..baca seterusnya


Program Smart Solat di Kampung Semop

5 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2018 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin dan KEMAS Daerah Daro bagi memeriahkan Program Smart Solat di Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop....baca seterusnya


Program Malam Nisfu Syaaban Tahun 2018 di Kampung Semop

1 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2018 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Program Malam Nisfu Syaaban Tahun 2018 di Kampung Semop. Program ini berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam...baca seterusnya



Program Surirumah Cekap Ict N42 Semop & Tayangan Video KDB

22 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah di pilih oleh wakil N42 Semop untuk mengadakan Program Surirumah Celik ICT N42 Semop dii Pusat Internet Semop. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari. Program ini merupakan julung kali diadakan di Pusat Internet Semop........baca seterusnya


Program Malam Israk & Mikraj Tahun 2018 di Kampung Semop

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2018 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah dijemput oleh AJK Masjid Darul Al-Amin & Penduduk Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Program Malam Israk & Mikraj di Kampung Semop. Pihak AJK Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop telah menjemput Penceramah Khas dari JAKIM Unit Sibu iaitu Ustaz Dahlan Bin Daut........baca seterusnya


Program Safari Memancing Pulau Bruit 2018 di Kampung Betanak

26 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 & 25 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Safari Memancing Pulau Bruit 2018 yang bertempat di Kampung Betanak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, DUN P206 Tanjung Manis. Program ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Graduan Pulau Bruit dan Komuniti Kampung Betanak serta sekitarnya........baca seterusnya


Pameran Booth Pasar Tani Kampung Semop Sempena Sambutan Hari Wanita Pulau Bruit 2018 di Kampung Semop

19 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Pemaran Booth Pasar Tani Semop untuk memeriahkan lagi Program Pameran Booth Pasar Tani Kampung Semop sempena Sambutan Hari Wanita Pulai Bruit 2018. Pameran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, ADUN P2016 Tanjung Manis.......baca seterusnya


Program Sambutan Hari Wanita Pulau Bruit 2018 di Kampung Semop

19 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Sambutan Hari Wanita Pulau Bruit 2018 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, DUN P206 Tanjung Manis. Program ini merupakan anjuran sepenuhnya Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) bersama JKKK Kpg Semop,...........baca seterusnya


Kelas Basic ICT, Internet & Tayangan Video KDB di PI Semop Mac 2018 (SESI I)

05 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 02 hingga 04 Mac 2018, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT, Internet dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 pagi hingga 6.00 Petang. Seramai 8 orang peserta yang berumur 18 tahun ke atas dan kebanyakannya adalah suri rumah tangga...........baca seterusnya


Kelas Presentation Skill Microsoft Powerpoint (Berpantun) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak Mac 2018 (SESI I)

05 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT kepada peserta yang terlibat. Oleh itu, untuk Slot terakhir peserta dikehendaki mempersembahkan slide masing-masing iaitu slide pantun. Selain itu, peserta juga diberi Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari 2.00 Petang – 4.00 Petang..........baca seterusnya





Kelas Presentation Skill Microsoft Powerpoint (Berpantun) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak Januari 2018

29 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2018, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT kepada peserta yang terlibat. Oleh itu, untuk Slot terakhir peserta dikehendaki mempersembahkan slide masing-masing iaitu slide pantun. Selain itu, peserta juga diberi Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari 2.00 Petang – 3.00 Petang..........baca seterusnya


Kelas Basic ICT, Internet & Tayangan Video KDB di PI Semop Januari 2018

29 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 hingga 28 Januari 2018, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT, Internet dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 pagi hingga 6.00 Petang. Seramai 4 orang peserta yang berumur 45 tahun ke atas telah menyertai kelas tersebut. .........baca seterusnya



Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2018 Kampung Semop & Tayangan Video Advokasi

13 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 – 12 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah mengadakan menyediakan peralatan ICT kepada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya bagi mengisi Borang Usahawan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) secara online. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.30 Pagi.........baca seterusnya


Program Jalinan Kasih Puteri SABERKAS 2018 Di Kampung SEMOP

08 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Januari 2018, Pusat Internet Semop telah menerima jemputan daripada Pengerusi SABERKAS Unit Semop untuk mengikuti dan memberi liputan mengenai Program Jalinan Kasih Puteri SABERKAS. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi yang bertempat di Perkarangan Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop. Program ini merupakan program pembuka yang dianjurkan badan SABERKAS Semop untuk tahun 2018.........baca seterusnya


Program Mini Openday Pusat Internet 1 Malaysia Semop 2017

29 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Disember 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Mini Openday PI Semop yang bertempat di Pusat Internet Semop. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Program ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 Petang. ........baca seterusnya


Kelas Presentation Skill Microsoft Powerpoint (Berpantun) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak Sesi II Disember 2017

24 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2017, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT kepada peserta yang terlibat. Oleh itu, untuk Slot terakhir peserta dikehendaki mempersembahkan slide masing-masing iaitu slide pantun. Selain itu, peserta juga diberi Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop ........baca seterusnya







Program Komuniti: Majlis Khatamal Al-Quran Beramai-Ramai SK Semop 2017

19 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah menerima jemputan daripada PIBG SK Semop bagi memeriahkan Majlis Khatamal Al-Quran Beramai-Ramai SK Semop untuk tahun 2017. Program ini dianjurkan oleh PIBG SK Semop dan berlangsung dari jam 8.00 Pagi – 11.30 Pagi yang bertempat di Bilik darjah SK Semop...........baca seterusnya


Kursus E-Rezeki Kampung Semop (Siri 1) & Tayangan Video KDB

13 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop telah menganjurkan Kursus Asas eRezeki Siri 1 yang bertempat di Bilik Belajar PI Semop. Kursus ini meruapakan anjuran bersama PI Meradong & Bandong. Kursus ini telah berlangsung pada pukul 9.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari. eRezeki merupakan program yang berdasarkan konsep crowdsourcing dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan...........baca seterusnya


Bengkel Roti dan Bun & Tayangan Video KDB

12 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Usahawan Kek Mukah bagi mengadakan Bengkel Roti & Bun dan Tayangan Video KDB. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 Petang..........baca seterusnya





Taklimat Advokasi & Tip Menjadi Usahawan Sempena Program Ekspo ICT 2017 @ JTMK PMU Politeknik Mukah

28 September 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Daro telah menerima jemputan daripada staff Politeknik Mukah untuk mengadakan Taklimat Advokasi & Tip Menjadi Usahawan Sempena Program Ekspo ICT 2017@ JTMK PMU Mukah. Taklimat ini di anjurkan bagi memberi kesedaran kepada peserta untuk mengguna internet secara bijak...........baca seterusnya




Program Satu Komuniti Satu JPJ & Boorh Usahawan Di Kampung Semop

13 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2017 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Progarm Satu Komuniti Satu JPJ Semop untuk memeriahkan lagi Program Satu Komuniti Satu JPJ untuk membuat liputan dan mengambil gambar program. Program ini merupakan yang julung kalinya diadakan di Kampung Semop, Sarawak dan program ini merupakan terbesar di Malaysia setakat ini...........baca seterusnya








Jadual PI Semop Sempena Bulan Ramadhan 2017

Berita Terkini

Untuk makluman semua, Sempena Bulan Ramadhan ini PI Semop akan beroperasi pada waktu & masa yang baharu iaitu 8.30 pagi hingga 4.30 Petang. Oleh itu, Kami dari Pusat Internet Semop mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia. Dengan ini, masa baru ada pada jadual yang telah ditetapkan di bawah: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2017









Program Pasar Tani Kampung Semop Tahun Baru 2017

06 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari & 05 Februari 2017, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Program Pasar Tani Semop untuk memeriahkan lagi Program Pasar Tani Kampung Semop Tahun Baru 2017. Program ini dianjurkan oleh AJK Pasar Tani semop & FAMA.........baca seterusnya















Program Pembukaan Pasar Tani Semop, Kampung Semop

10 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Pihak Penganjur Progarm Pembukaan Pasar Tani Semop untuk memeriahkan lagi Program Pembukaan Pasar Tani Pertama Kampung Semop tersebut. Program ini dianjurkan oleh AJK Pasar Tani semop & FAMA dari Kuching. Banyak aktiviti menarik yang berlangsung pada hari tersebut di samping Jualan Barang Uasahawan Tani Kampung Semop.......baca seterusnya


Program Ceramah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H di Kampung Semop

2 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan AJK Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop dalam menjayakan Program Ceramah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H di Kampung Semop. Program diadakan di Masjid Darul Al Amin Kampung Semop. Pihak AJK Masjid telah menjemput penceramah khas untuk malam tersebut iaitu Ustaz Yusuf Lai. ......baca seterusnya



Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Untuk makluman lanjut...KLIK disini





Program Kesihatan Kampung Semop di Pusat Internet Semop Anjuran Klinik Kesihatan Daro

24 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2016, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Daro. Program ini di namakan sebagai Klinik Bergerak 1Malaysia. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari. Program ini telah disertai oleh semua orang. Oleh itu, Program ini juga telah di hadiri oleh 4 orang staff daripada Klinik Kesihatan Daro. .......baca seterusnya



Semakan Tawaran UPU Online Lepasan STPM 2015 & Klik Dengan Bijak (KDB)

9 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 07 & 08 Ogos 2016, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Latihan Percuma kepada Pelajar Lepasan STPM 2015 yang ingin membuat semakan UPU secara online yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop. Kelas ini bermula dari jam 2.00 – 3.50 Petang. Seramai 5 orang peserta terlibat dalam kelas tersebut yang terdiri daripada pelajar Lepasan STPM 2016. ..baca seterusnya



Program Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Semop 2016

27 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2016 lalu, Pusat Internet Semop dengan kerjasama SABERKAS Unit Semop & SK Semop, Daro telah mengadakan Program Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Semop 2016. Program ini dianjurkan oleh SABERKAS Unit Semop. Program ini telah dihadiri oleh semua penduduk Kampung Semop dan Kampung-Kampung yang terdapat dalam Pulau Bruit. ..baca seterusnya


Taklimat Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan, Bawang Assan

16 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2016 lalu, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Bawang Assan dan PI Kg. Bandong telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan, Bawang Assan Sarawak. Program ini dianjurkan oleh PI Bawang Assan. Program yang telah dihadiri oleh 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Darjah 1 hingga 6. Selain daripada itu, 2 orang guru SK Sungai Lengan juga telah menyertai program ini. ..baca seterusnya



Program Sumbangan Jariah Kepada Masjid-Masjid Pulau Bruit & Jerayawara Bubur Pedas Kampung Semop

27 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2016, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan SABERKAS Semop, SABERKAS Unit Semop dan AJK Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini telah dianjurkan oleh SABERKAS Unit Semop untuk memperkenalkan lagi SABERKAS kepada penduduk kampung. Program ini bermula di Masjid Darul Al Amin Kampung Semop dengan acara memotong dan menumis barang-barang untuk Memasak Bubur Pedas. ..baca seterusnya



Kelas Intel Basic Steps: Microsoft Excel 2013 & Klik Dengan Bijak

19 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah mengadakan Kelas INTEL Basic Step Microsoft Excel 2013 dan Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 10:00 pagi – 12.00 Tengahari. Seramai 3 orang peserta program yang telah menyertai kelas tersebut. ..baca seterusnya


Kelas Internet: Mencari Maklumat Untuk Folio PT3 SMK Semop & KDB

19 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2016, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Internet: Mencari Maklumat Untuk Folio PT3 SMK Semop & KDB. Kelas ini telah di ajar oleh Guru SMK Semop sendiri iaitu Cikgu Zainal Bin John yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 1:00 – 2.30 Petang. Kelas ini telah di anjurkan oleh pihak sekolah SMK Semop. Seramai 5 orang pelajar yang telah menyertai kelas tersebut yang terdiri yang berumur 15 tahun. ..baca seterusnya


Bengkel Penggunaan Peralatan ICT di Kampung Penipah, Daro

1 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2016, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Daro dan PI Kg. Bandong telah mengadakan Bengkel Penggunaan Peralatan ICT, Taklimat Klik Dengan Bijak dan Asas Microsoft Word (Menaip Surat Rasmi) di Makmal Sekolah SK Kpg. Penipah, daro, Sarawak. ..baca seterusnya


Program Gotong Royong Masjid Darul Al-Amin & Tanah Perkuburan Kampung Semop

29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei 2016, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan SABERKAS Unit Semop dan AJK Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Program ini telah dianjurkan oleh SABERKAS Unit Semop untuk memperkenalkan lagi SABERKAS kepada penduduk kampung. Program ini telah diadakan di Masjid Darul Al Amin Kampung Semop. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada 5.00 Petang. ..baca seterusnya













Program Pesta COOP @ Pasar Tani Daro 2016 di Tapak Pasar Tani Daro, Sarawak

1 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Semop telah menyertai Pesta COOP@ Pasar Tani Daro 2016 diadakan di Tapak Pasar Tani Daro, 96200 Daro selama dua hari berturut-turut iaitu pada 30 dan 31 Januari 2016 (Sabtu & Ahad). Penganjur Program Pesta COOP @ Pasar Tani Daro 2016 telah mengajak Pusat Internet 1 Malaysia Daro terlibat sekali sebagai Urusetia pada program tersebut..... baca seterusnya


Kelas Intel Basic Steps dan Taklimat Klik Dengan Bijak (GROUP A)

25 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 9 hingga 24 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas INTEL Basic Step dan Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Daro dari jam 9:00 pagi – 12.00 Tengahari dan 2.00 Petang – 5.00 Petang. Kelas ini telah di anjurkan oleh PI Daro. Seramai 3 orang peserta program yang telah menyertai kelas tersebut yang terdiri dari Kumpulan A .... baca seterusnya


Kelas Intel Basic Steps dan Taklimat Klik Dengan Bijak (GROUP B)

24 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 9 hingga 23 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas INTEL Basic Step dan Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Daro dari jam 9:00 pagi – 12.00 Tengahari dan 2.00 Petang – 5.00 Petang. Kelas ini telah di anjurkan oleh PI Daro .... baca seterusnya



Program Sembang Santai Cuti Sekolah bersama Erol Comel Creative (ECC) di PI Semop

30 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Program Sembang Santai Cuti Sekolah bertempat di bilik belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 pagi sehingga jam 12:00 tengahari . PI Semop menjemput khas penceramah dari Sibu iaitu Encik Sahrin bin Sahib (Lulusan Master Syariah & Undang-Undang) untuk memberi serba sedikit motivasi dan pengalaman kepada para peserta.... baca seterusnya



Program ICT sempena Kem Kembara Cuti Sekolah

22 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Program ICT sempena Kem Kembara Cuti Sekolah 1.0 bertempat di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu dari jam 8:00 pagi sehingga jam 4:00 petang . Program ini telah di anjurkan oleh PI Kg Bandung Sibu.... baca seterusnya




Taklimat Klik Dengan Bijak di SK Mohd Redeh Saai, Daro

30 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak di SK Mohd Redeh, Saai bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 1 petang bertempat di bilik darjah SK Mohd Redeh, Kampung Saai Daro.... baca seterusnya


Taklimat Klik Dengan Bijak di SK Semop, Daro

29 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop, Daro telah menganjurkan Program Taklimat Klik Dengan Bijak yang bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 4:30 petang bertempat di bilik Kemahiran Hidup, SK Semop.... baca seterusnya


Taklimat Klik Dengan Bijak SMK Agama Sibu

14 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop dengan kerjasama PI Bandong dan PI Bawang Assan telah menganjurkan Seminar Klik Dengan Bijak (KDB) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 10:00 pagi bertempat di Bilik Komputer SMK Agama Sibu.... baca seterusnya


Seminar Klik Dengan Bijak SMK Sungai Merah Sibu

13 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop dengan kerjasama PI Bandong, PI Daro dan PI Bawang Assan telah menganjurkan Seminar Klik Dengan Bijak (KDB) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10:30 pagi bertempat di Bilik Agama SMK Sungai Merah Sibu.... baca seterusnya


Pesta Pulau 2015

4 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Semop telah menyertai pameran sempena Pesta Pulau 2015 yang diadakan di Kampung Betanak, Pulau Bruit, 96200 Daro selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 1 hingga 3 Mei 2015. Pameran ini juga dihadiri oleh staf dari Pusat Internet Daro dan Pusat Internet Bandong, Sibu. Pesta ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis P206 Dato Norah binti Tun Abdul Rahman.... baca seterusnya


Program Gotong Royong Baik Pulih Masjid

18 April 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Semop telah bekerjasama dengan AJK Masjid Darul Al Amin Kampung Semop dalam menjayakan program gotong-royong dan baikpulih masjid. Program diadakan di Masjid Darul Al Amin Kampung Semop. Aktiviti ini bermula seawal jam 7.00 pagi dan tamat pada 11.00 pagi. Program ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri dari penduduk kampung yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun.... baca seterusnya